Tuesday, November 14, 2017

setia menanti dan berharap


Jujur aku masih suka dia. Aku masih mengharap. Aku masih menunggu. Aku masih ! Aku tak tahu kenapa susah sangat aku nak terima rejection. Mungkin sebab dia ada depan aku. Sem ni memang aku dengan dia tak macam sebelum nih sebab aku sendiri nak jauh kan diri dari dia sebab aku tak nak dia tinggalkan kesan bila aku dengan dia jauh. Tapi atas sebab aku nak jauhkan diri tuh lah aku seksa diri aku dengan tak bercakap dgn dia. Mengelak dekat dengan dia. Grouping pon aku taknak tapi still ade dpt satu group secara kebetulan. Haha Aku bodoh ke sebab jauhkan diri tapi aku seksa diri aku?? Awal sem oke lagi dia tegur aku cari pasal dengan aku kacau aku cuma aku jer tak layan tapi lepas naik cuti mid sem aku dengan dia x bertegur sapa berminggu cuma lately nih je da bertegur sikit sebab aku da mula senyum tawar bile bertembung dengan dia. Ye aku nampak muka awkward dia bila dy bertembung dengan aku dan aku angkat tgn tanda aku hye walaupun x keluar suara. Mungkin dia pelik sebab aku da start menyapa setelah aku mendiamkan diri tak bercakap dengan dia. 

Alangkah gembira nya aku jika dalam hati aku xde perasaan langsung dekat dia mungkin sekarang aku rasa gembira bahagia sebab dia kawan aku. Dia yang buat aku tersenyum. Dia buat aku annoying dan aku tahu aku pon selalu buat perangai annoying aku dekat dy. Aku suka senyum sinis dekat dia. perli . paling suka angkat kening dan sekarang aku perasan dia pon da terror angkat kening. ahhaha

Memang aku tak boleh paksa dia balas perasaan aku. Entahlah mungkin dalam hati dia dah ade orang lain. Dan mungkin jugak dia da ade someone. Ade orang kata jarang lelaki single reject kalau dia belom berpunya tapi ... dia single dah tuh kenapa dia reject? hahahaha atau erti kata lain dia friendzone kan aku? 

Kenapa kadang2 aku rasa dia kesah je pasal aku sebab aku perasan ade certain benda yang dy tahu pasal aku. Macam aku suka termenung, aku selalu masam muka, aku suka western. Satu aku minta moga satu hari nanti bila aku terjumpa dia. Dia orang yang aku cari selama ni. 

Now bermula episod aku melupakan orang yang aku suka
Kecewa . Bohong lah tak kecewa. Tapi hanya mampu tersenyum.
Allah, Aku nak bahagia . Bahagia menyayangi orang yang sayang aku. Bahagia disayangi orang yang aku sayang. 

Sunday, October 8, 2017

Titian terakhir



7th semester of Bachelor Science of Forestry in UPM. Gonna be last semester of study before 1 semester of industrial training. The journey finally near to the end? No . The life journey is too far away and I don't know when where it comes to end. I'm going to end my degree life soon. Another a year! Cepat je kan masa berlalu?  sedar tak sedar aku da masuk tahun ke 4 dekat upm. Become super senior. Hahahah . Tak sabar nak pakai jubah konvo .naik pentas . peluk mama ayah dan bagitahu aku berjaya dapatkan sesuatu untuk mereka .Moga Allah permudahkan segalanya. Sem last ni kena hadap fyp lagi and aku harap semua berjalan lancar.

Tapi dalam da akhiri perjalanan zaman belajar nih pon aku da rasa rindu dengan kawan-kawan kat sini. yelah 4 tahun hadap perangai masing2. Kawan kat sini serata negeri weh . Kalau da terpisah tuh, hanya jodoh jelah mampu menemukan semula kami. Moga yang terpisah akan bertemu kembali.

Banyak kenangan tercipta lagi2 kalau camp trip . Allah . In shaa Allah bakal rindu kawan2 seperjuangan disini.