Saturday, January 21, 2012

kehilangan seorang insan yang bernama atok.

Assalammualaikum...kepada readers2 ku yang amat aku hormati..ku mohon sedekah al-fatihah buat arwah atok aku bernama Hamzah B.Abd Rahman yang telah pun kembali ke rahmatullah pada hari jumaat pagi.Berita ini amat membuat hati aku umpama dicabut..Tangan aku menggigil,jantung aku berdebar,airmata ku jatuh menyembah bumi...Tidak aku sangka-sangka insan satu-satu nyer bernama atok telah pergi meninggalkan kami semue...Aku redha Ya Allah...Aku bersyukur kerana aku mampu jadi kuat di hadapan saudara aku..

Segala nya terjadi.......

pAgi tu,hati aku rasa tak sedap..Mood aku drastik berubah..Selalu nyer aku ke sekolah dengan perasaan yang gembira..Tapi hari tu..aku rasa lain..Mase waktu Subjek Inggeris dengan miss...hujan turun dengan lebat..Hati aku turut sayu dengan kedinginan hujan..Tak tahu sebab ape!!Fikiran aku jauh berterbangan...Jauh dri pngajaran Miss...

Sesi pembelajaran aku diteruskan dengan subjek kimia..Mood aku kembali seperti biase...TErlihat gelagat rakan kelas aku yang mengeletek hati..Tapi itu sementara..sedang aku leka dengan pengajaran...Kedengaran pegumuman dari pejabat..'perhatian kepada pelajar bernama siti nadzirah bt mazlan dari 5A sila datang ke pejabat dengan segera..'semua rakan aku terpinga-pinga.Jantung aku turut berdebar..'ape aku dah bwat?Aku de wat slh ke?atau de pe2 terjadi?'segala nyer bermain di ingatan.Dengan langkah kanan aku berjalan terus ke pejabat..Kelihatan Abang aku sedang menulis di pejabat.Aku bertanya 'kenapa wei?'dengan selamba abang aku menyuruh aku ambil beg untuk balik.'kenapa?!'aku bentak untuk meminta jawapan..'atok ninggal..'..dengan serta merta dunia aku ibarat terhenti..Perjalanan aku untuk ambil beg di makmal terasa jauh..Langkah aku menjadi perlahan..Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!aku kehilangan insan satu-satu nyer datuk yang aku tinggal..kini telah pergi meninggalkan kami...Aku masuk ke makmal..'cikgu,saya kena balik..'suara aku bergetar..menahan nagis..menahan airmata yang mahu jatuh menyembah bumi...Kawan2 aku semua ingin yahu ape yang telah berlaku..aku hanya mendiamkan dir hingga mereka bertalu-talu menanyakan soalan..'Atuk aku ninggal!!!!'hati aku ibarat mahu menjerit  sepuas-puas hati untuk meluahkan hasrat aku tak nak berkata-kata!aku taknak perdengarkan suara aku yang menahan nangis..

Dalam perjalanan,aku menahan nangis..Airmata dapat aku tahan..Tangisan pun aku hilangkan untuk menutup kesedihan...Hingga lar aku menelefon akak aku di P.D...Dia menangis teresak-esak..Aku yang pada mula nyerr dapat menahan nangis turut mengalirkan airmata..Perjalanan selama  2jam betul2 membuat aku rase ingin terbang terus ke Jb..

Sesampai aku di rumah makcik aku,Aku terlihat sekujur tubuh di perbaringan di hadapan aku.telah siap di mandikan dan dikafan kan.Aku hanya mampu untuk berdiam..memandang wajah2 saudara mara dan sepupu ku yang sedang bersedih..Lantas aku mengambil yassin..membaca kan yassin untuk atok tercinta.Sesudah baca,Ain(sepupu aku yg menjaga atok aku)menangis..Aku menjadi bahu untuk dia melepaskan kesedihan dihati...aku turut sedih....

Lepas solat jumaat,jenazah akan di kebumikan..aku tak mampu untuk menicum jenazah arwah atok aku..Aku hanay memandang dengan hati yang walang.Jenazah disembahyangkan di masjid berdekatan.KEmudian di bawa ke tanah perkuburan bukit alif...Semasa melihat jenazah di masukkan di liang kubur..Hati aku hanay memandang sayu..HUjan turut turun..Umpama mengetahui betape sedih nyer hati kami...Talkin dibaca kan..DAn akhirnya tujuh langkah orang terakhir telah pun pergi..kami semua bergerak pulang..

***semoga roh atok dicucuri rahmat dan di tempatkan di golongan orang beriman..***


sayang atok!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: