Saturday, December 31, 2016

The 366 day of 2016


Counting another hours to welcome 2017 ! welcome 2017 and have a good year perhap. Tak sangka kan sekejap jer masa berlalu dan akhirnya aku bakal naik lagi setahun walaupun x official . 22 years tapi terasa macam kecik dan budak-budak lagi . Yaa semua orang excited tengok bunga api nak sambut new year tapi aku mcm biase mereput dalam bilik mengadap note2 sbb tengah final exam. HAhaahah . Cuma sekarang nih lari kejap ke blog. atleast xde lah hambar sangat kan aku mengadap note beria buat otak stress jer. So take a chill man ! haahhaaha

Harapan 2017? 
nothing much . yang penting aku nak jadi lagi baik dari tahun sebelum nih. Well i hope i could make some changes and improve my own self. Aku nak jadi lagi happy . aku nak bahagia atas diri aku sendiri tanpa sebab dari sape2 . Aku bahagia kerana diri aku sendiri. Cukup2 lah aku banyak menangis mase 2016 . Too much things make me cry and i super duper annoying with my own self. Now, 2017 aku nak sentiasa happy . senyum . ape pon yang datang . aku kene lagi kuat and berani hadapi semua tuh . Yang paling pasti aku nak move on. Ya ! aku kene belajar lepas kan benda yang buat aku sedih or overthinking sbb macam mana nak bahagia kalau aku still hold on pada benda yang beri sakit? Enough kejar cinta manusia. Kalau tiba masa nnti . cinta tuh datang? datang lahh . Kalau betul dia jodoh aku . yang Allah ciptakan untuk aku. aku yakin dan pasti Allah akan hadirkan dia pada masa yang tepat . xcepat atau lambat. In shaa allah. Lebih baik kejar cinta Allah kerana Allah tidak pernah akan mengecewakan kita. Dia CINTA yang SATU. Cinta yang paling agung dan Cinta hakiki. Moga dengan kasih sayang dan cinta yang aku kejar dari Allah itu mampu mengubat luka dalam hati aku dan menggantikan dengan seribu kali kebahagiaan yang aku harapkan selama ini. Kadang-kadang aku sedar. aku terluka sebab Allah nak sedarkan aku supaya kembali bergantung harap pada nya . mungkin aku terlalu meletakkan harapan pada manusia padahal Allah yang patot aku letak semua harapan. Syukurlah jika kelukaan ini buat aku kembali pada cinta yang satu ini. Moga tahun 2017 nih aku dapat selesaikan Final year project aku dengan jaya nya. Deanlist untuk 2 sem nih sebelum Latihan Industri. Aku dapat lesen motor P yang belum selesai lagi tuh . Solat penuh 5 waktu on time NO delay ! Lebih yakin dalam suarakan pendapat. Lebih rajin . Aku harap jugak aku dapat asah bakat2 yang selama ni terpendam . bukan bakat nyanyi or ape .. bakat dalam memimpin . Dan last but not least, menjayakan misi member2 aku iaitu "AZIE 2017" . 

Haha . AZIE 2017 ialah
Azie yang berpakaian girly. blouse palazo . skirt . make up maybe? ahhaha
so xsalah kan sis mencuba pada umur sis yang makin meningkat nih .
Peh ! noob giler umur 22 baru nak bljr pakaian perempuan ayu . Kalau tak selama ini .orang sebut azie . Ye ! Azie yang kecik berseluar jeans berkasut sneakers dan tshirt serta tudung bawal / shawl .

So have fun 2017 .
thanks 2016 . You teach me lot of things. And i wish i have learnt for my goodness. 

 I won't wait anymore. If we are meant together . we will meet one fine day. ( Azie.2016)



Tuesday, December 20, 2016

Rindu ke?

rindu ke aku kat dia? Kenapa perasaan nih makin kuat? aku tak patot rasa semua nih sbb aku dengan dia hanya kawan. kawan ! aku benci diri aku sebab aku mengharap yang dia akan suka aku padahal semua tuh khayalan dan angan-angan aku. kau siapa azie sampai dia nak ingat or kesahkan kau? kau jangan perasan okeh ! 
kenapa aku perlu rasa camnih dekat dia? sebelum nih tak pon. mungkin ini effect camp kot. yelah kat camp hampr 24 hours ngadap dia kecuali waktu tidur je tak. nih baru 4 hari x jumpa .aku rasa macam xkena. Esok pagi dapat jumpa dia sbb nak settle assignment wildlife. arghhhh . xnak jumpe dia nanti lagi haru hati aku. Ya allah tolong lahh aku.. buang perasaan nihh

aku asyik mimpi dia je wehh !! arghhhhhhh
Hari tu on the way balik rumah. tidur dalam bas. bangun tidur dapat whatsapp dari dia. Dia tanye pasal kerja je pon. tapi aku punye senyum kalah dapat sejambak bunga. mana tak senyum dapat wish selamat bercuti . haihhh .
ape nak jadi nihhh . Tolong lah azie fokus study . nk final nihh !!!!

Friday, December 16, 2016

Kena gossip lah pulak

Hari ini aku baru habis wildlife camp yg berlangsung selama 5 hari. Yeahh finally berjaya menamatkan semester 5. boleh fokus untuk final exam je nih. Dalam tak sedar lagi 3 semester nak habes. 2 semester utk FYP and 1 semester Latihan Industri. Moga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan untuk menamatkan belajar and dapat segulung ijazah yang boleh buat mama ayah tersenyum gembira. Dengan harapan boleh dapat kerja yang sesuai dgn bidang belajar lepas hbes nanti. 
Berkaitan kem wildlife nih ade benda yang buat aku tergelak beso selain kegilaan coursemates aku. Tak sangka aku rapat and boleh je masuk dengan semua coursemates aku. Ape yg kelakar nya?
 
" Azie dengan Si A tuh ade pape ke?"
walaupun pertanyaan ni tak pernah dengar sendiri kat telinga aku, tapi ade orang yang sampaikan sehingga lah kedengaran kat telinga aku. Agak kelakar bile coursemates aku fikir aku dengan dia ade pape sampai kan satu kelas tertanya-tanya. Mungkin sebab aku satu group dengan dia, rapat and selalu berdua. Yela buat kerja sama2. Jalan sama .mungkin itu kot sebab dia orang fikir macam tuh. Jujur ah aku perasan jugak aku byk jalan dengan dia. Tapi bukan aku yg terhegeh dekat dy. benda itu tanpa sedar. Sampai kan groupmate aku kate " aku kat tepi si A tapi azie jugak yang dipanggil nya"
hahahaha . how should i know he keep asking me to follow him sbb aku jenis . org suruh aku follow je. No objection lagi2 kerja dalam hutan. 
Dan paling aku tertanya-tanya. one of my groupmate said
" Azie dgn si A tuh bukan time nih je kan dy org rapat. rase nye lame daa."
" si A and azie tuh macam masing2 ade perasaan lah"
" Dia orang tuh macam ade peluang je nak bersama"

 and me be like OMG !! walaupun aku x dengar sendiri depan2 dan orang yang cerita dekat aku. Nak letak harapan takot. so i just let it be . biar je lahh .. jgn nak berbunga sangat.. Kami kawan je. 
Tapi kalau berdua dengan dia aku memang x rasa pape. kite orang bukan byk ckp sgt. ckp pasal study. life fact. haihh entahlahh .
kalau betul dia ade simpan perasaan kat aku jugak . xpelahh
ini kalau masih kena friendzone .. Naya je nak hadap patah hati lagi .
Ini dah study week . xde jumpe dah . 
Jumpe time nak jawab final exam je lah mampu.
rindu ke? entah!! hahaah 

Sunday, November 20, 2016

Bila serabut



Lama rasanya tak bercerita dekat blog sendiri. Terlalu busy setiap minggu bila da start semester . Every weekend ade camp . and every weekdays tak pernah tak busy. too many assignment and group project need to be handle. Kadang-kadang rasa serabut dengan life semester nih. Nak joging petang-petang pon x sempat sbb balik kelas penat sgt. yaa i guess this semester so miserable. hhahah . Tapi nak buat macam mana lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. In shaa allah disebalik kepayahan dan kesusahan pada akhirnya Allah pasti hadiahkan sesuatu yang sangat berharga. Keep faith. 

Bila da busy serabut . normally jiwa perasaan hati rasa tertekan sangat. Tertekan dgn diri sendiri, kawan, groupmates, Hahah . bohong lah kalau tak rasa puas hati dengan member sendiri bila part kerja . Lagi-lagi aku nih jenis yang sangat alert dengan kerja2. Ya lah kita dok busy pung pang pung pang dalam group tanya pasal kerja . mereka boleh read sahaja. sangat lah mengembirakan . tapi nak buat macam mana . mama kata sabarlah . ye Sabar. sampai sekarang masih mampu bersabar cuma hari tuh sangat tak dapat tahan geram sampai menangis tersedu sedan. call mama pon bole nangis bila cerita semua masalah kat kepala nih. Thanks to mama and ibu sebab banyak bagi kata-kata semangat. Lepas call teros rasa sangat lega dan yang kelakar tuh boleh back to normal hadap group member sendiri . cuma tulah aku banyak diam masa tuh sampai masing-masing x berani nak tegur apa-apa termasuk lah mamat sekor tuh. Mungkin muka aku terlalu nampak macam nak makan orang kan . ahhaha

luckily, weekend nih aq free tanpa camp so dengan bahagia nye kwn matrik aku ajak aku gi mkn2 dan karoke lepaskan stress. aku pon ape lagi chaww lahh dengan bangga nya. Tapi bila balik bilik pandang kerja jadi hambar . tapi still boleh hadap sebab dah lepaskan serabut otak tuh dengan menyanyi entah pape.. 

so the end the story yang pada awalnya aku nak cerita lain .tapi jadi lain.

nanti aku masa free aku cerita perkembangan aku dengan dia yer. Haha

Friday, August 12, 2016

Bukan milik kita .. akan terlepas jua



"walau genggamannya kuat, tapi bukan milik kita, Akan terlepas jua"
" Tak ada yang lebih baik, Tak ada yang lebih cantik, Beroleh keredhaanNya"

hye guys, Dah baca quote atas ini? Actually ayat ini dipetik daripada lagu Alhamdulillah by Wani . Ada kesempatan pegi jengah video lyric nih. Pada aku lagu nih sweet2 untuk beri kesedaran kepada kita. Well, kalau ade masalah berkaitan hati. Mungkin ini salah satu lagu yang patut dengar kot. 
Kenapa aku kata gitu. Sebab walau mana kuat pon kita inginkan sesuatu, tapi kalau ia bukan untuk kita. Kita takkan dapat sampai bila-bila. Nak tahu kenapa? Tak ada yang lebih baik dan cantik dari aturan yang maha Esa. Moga kite redha menerima takdir dan aturan untuk kita. In shaa Allah.

so sedikit pesanan untuk diri.

Sebenarnya, aku terasa nak cerita sesuatu. Sekarang nih kenapa ye aku susah untuk mengaku dekat diri aku. Macam mana nak tahu kita da move on? Hahahah.
Kenapa rasa sakit tuh masih ada bila aku tengok gambar cincin tuh. hurt deep inside. Aku dah agak aq memang xboleh jumpa dia dulu. Aku perlukan masa yang sangat lama utk betul2 confirm aku da move on. Ye. memang aq da tersuka orang lain tapi masalah nyer perasaan tuh tak sama. Debar tuh x sama. Dan orang yang aku suka tuh sikit2 aku lupa dan pudar dari hati aku sebab aku masih stuck dekat orang lama. Allah susah sangat ke aku nak lupakan dia. 6 tahun dah ! 6 tahun weh . Malam tuh memang berkali aku jerit dalam hati aku . AKU DAH TAK SUKA DIA ! TAK ! TAK ! TAK . but dalam hati aku, aku rasa kecewa sangat bila aku tgk gmbr cincin yang awek dia post. aku masih menunggu dia ke? 

i just don't have any answer for it.

Sekarang memang aku selalu abaikan bila hati aku mula menyoal. Aku harap sem baru nih aku lebih fokus bljr. buat ape aku fikir pasal cinta sedangkan yang perlu aku kejar adalah cita-cita aku,

AKU HARAP INI SEMUA MAINAN PERASAAN.  


 

Saturday, June 25, 2016

" aku minat kau sekadar kawan jer "


hari ini aku buat kerja gila ! ye gila ! aku confess dekat org yang aku suka lepas habes paper final exam . tak pernah kot aku buat benda alah nih . but at least aku tahu suka kebenaran nya betul x? yes ! dia anggap aku kawan. dia minat aku sebagai kawan jer. bohong lah tak kecewa . tapi takpe lahh . ada jodoh tak kemana kan? eh? dia memang takde perasaan weh . cara dy jawab pon like he doesn't care at all.

selama nih dia gurau je. bergurau . orang kate kita patot benci org tuh sbb bagi harapan palsu. mainkan perasaan smue tuh kan? tapi aku tak boleh benci dia sbb entah ! xde sekelumit pon benci. 

yang aku harap cuma aku dengan dia always jadi kawan dan sentiasa jadi kawan. dah janji kot kalau dia awkward dengan aku . aku ketuk2 kepala diaaa ! hahahha

i just feel nothing . feelingless.

aku dah di frienzoned kan daa . ahahha gelakk lah wehhh !

Tuesday, June 21, 2016

Dia buat aku KELIRU


si A - Dia
si B - kawan lelaki kelas aku
si Z - kawan aku yg kononnya si A suka
si N - kawan yg tahu perasaan aku


Kalau entry hari tuh aku cerita pasal Tak Layak . Kali nih aku nak cerita Keliru . Keliru ! yes ! aku sangat keliru. Keliru sama ada aku perlu confess perasaan aku dekat dia atau tak. Tak sangka aku betul-betul suka dia bila aku dah puas dah cuba mengelak suka dia. Banyak kali aku tepis perasaan nih since ramai kawan aku kata dia suka kawan aku. Dia excited bila jumpa kawan aku. Sumpah weh aku banyak kali tepis perasaan nih tapi tak boleh sebab dia sendiri bagi ayat manis, Ayat harapan. Dia kejam atau aku yang kejam sbb tak tepis semua ayat-ayat dia? aku keliru dengan sikap dia , aku tertanya -tanya .

everything start bila aku dah yakin gila lah aku boleh tepis perasaan aku kat dia. Semua mula bila kawan lelaki kelas aku kata dia ade tahu rahsia aku tapi dia still sorokkan sampai sekarang. hint yang dia bagi hanyalah " benda nih kau kena bersaing dengan kawan kau sendiri". aku punya lah beria nak tahu sampa kawan aku nih suruh aku tunggu habis belajar which is aku kena tunggu lagi dua tahun .wow ! at first dy taknak bagitahu langsung rahsia aku sampai bebila.. dan tetiba mention masa dalam kelas. Bila dah macam tuh, aku buat taktahu. aku cuma terfikir kawan aku nih tahu ke aku suka si A nih. Yelah semua orang syak si A suka kawan aku si Z. so maybe si B nih tahu pasal aku suka si A lah kot. aku biar jer

Masa tuh dalam kelas tunggu lab assist untuk guna komputer. Aku duduk melepak dengan classmates aku yg lain. Masa tuh si A nih boleh cakap " aku suka tengok Azie" secara tiba-tiba bila kawan kelas aku kata si A ni kejap toleh kanan. kejap toleh kiri. Aku memang dah awkward habes dah bila dia kata macam tuh. nak cover awkward aku cakap lahh " kau jangan kanggggg" hmm but he keep silent and buat muka batu dia. And time tuh lah kami dapat tahu lab assist tuh xjadi datang. so kami decide turun tuk join kawan2 yang lain buat calculation. Malangnya kerusi tak cukup so si A nih ajak aku buat kat luar calculation tuh . Aku tak sangka pulak akan duduk berdua dengan dia je sbb aku ingat si B akan ade sekali since die org rapat. Time tuh memang aku relax jer sbb classmate kan .. xdelah segan nak mampuhhh . cuma time berdua tuh duduk sebelahh aku tanya dia suka si Z ke. Jawapan dia " si Z comel kan?" ya rabbi dalam hati aku rasa nak hempukk je mamat nih . dia kata si Z nih baik. dia tak layak. hmm entahlah gaya cakap dia macam ade perasaan kat si Z tuh. Masa nih aku memang nak tepis je perasaan aku since dy kata macam tuh walaupun last2 dia marah aku sbb tanya soalan macam tuh. Aku ada tanye dia kalau habes belajar nanti mesti dia lost contact dgn aku. tapi dia jawab nanti dia datang lah rumah aku .. dia kata dia datang sbb aku nak kahwin nanti. aduhh haiiii terdiam aku.

billa si B dengan si N nih datang usik aku dgn si A nih , aku punya lah malu . cumaa yang buat aku tertanya-tanya si N kata masa si B nih usik, si A nih tersengih-sengih jer dan mereka berdua main mata macam ade something. situ aku mula rasa pelik sbb bila si B ni tanya nak balik ke tak dekat si A, si A nih boleh ajak aku balik sekali . haihhh .. nampak macam aku teranggap lebihkan?

aku jadi makin rapat dengan si A nih sbb bergroup dgn dia untuk projek satu subjek nih. Masa nih dia banyak sebut demi aku. untuk aku sampai satu tahap tuh aku geram dengan dia, aku tenung diaa. satu ayat dia " apa azie tengok aku gitu" sumpah aku terdiam time nih . terpandang lama pulakk hoiiii. 

everything changed time satu event besar kami kene handle. Dia assistant aku. well org tulang belakang aku. time nih memang aku rapat gilaa dgn dia. dia sangat sweet wehh , sampai aku tak bole tepis lagi da perasaan aku dekat dia. sbb aku tebuai dgn drama manis dia. cuba bayang kan . dy kaco kau . sweet dgn kau. bila tunjuk good , dia bagi kiss pulak tuh .opps kiss dari jauh oke . mase tuh rasa macam oh mann ! why you do this. ade sekali tuh kami ckp pasal sayang. aku pernah tanye dia " habes aku, kau tak sayang?" you know what . dia diaaaammmmm jerr time kau tanya macam tuh. bila aku kate aku gurau .. dia bole kata " aku tak cakap pape pon". apa maksud nyer tuhh ! sumpah aku tak tahu. yang aku tahu dia tak boleh lawan mata dengan aku. dia mesti kalah.

bila dah hbes event, semua kaaroke lahh .. tapi one of my classmate request nak si A nih nyanyi . dia boleh cakap " aku nyanyi sbb terpaksa atau sebab azie jer". why he said that !!! dah lah nak panggil kawan aku terpanggil nama aku . si N ade kata, masa aku heboh dengan mic. he smile while looking me. i don't know. Petang tuh lepas dia mandi sungai dengan basah-basah datang dekat aku dengan gaya nak peluk aku kata aku rugi sbb tidur x join dia mandi sungai. Tahu tak dia handsome dan aku sangat terbuai time tuh . sumpah ! aku memang tak boleh nak elak lagi perasaan aku. dia siap ajak main basikal berdua. kau rasa? aku syok sendiri ke?

waktu makan malam, he keep teasing me sampai satu tahap kawan kami kata dia dah jadi tabiat nak kacau aku . when i said " kang jangan suka usik aku ,kang kalau aku takde macam mane?" dia boleh jengil mata dia dekat aku .. macam tak suka aku kata macam tuh. tolong lahh . kenapa dia nak main2 kan perasaan aku. 

when everything end.

kami ade presentation untuk projek subjek. isu berbangkit pasal baju yang dia pakai. kawan kelas aku mintak baju tu dekat sorang lagi kawan lelaki kelas aku.. and you know what dia boleh kata " azie nak baju nih? meh belah dua. kongsi satu baju" . dia yang bagi harapan atau aku yang perasan? and then masa bosan dgr orang present. mereka borak lah sedangkan aku khusyuk whatsapp kawan baik aku. dia orang cakap pasal minat-minat ape tah tetibe si A nih boleh cakap " aku minat azie". gila tak terkejut weh aku dengar benda alah nih .. bila aku tanya apa sbb acah-acah tak dengar. he said " kalau tak nak dengar takpe " .. then aku tak puas hati dgn apa yg aku dengar . aku tanya kawan lelaki kelas aku ." DIA KATA DIA MINAT HANG" . see ! betul lah ape aku dengar . tpi yang aku sakit hati dan geram . bila aku tengok dia .. dia boleh buat muka bodoh .muka batu dia macam dy tak cakap pape sambil main phone. arghhh sumpah aku geram ! dia nak mainkan hati aku ke? 

you know what si B nih kawan baik si A nih . kalau betul si B nih memang tahu aku suka si A . bohonglah kalau si A nih x tahu kan?!! argh ! sumpah fed up !

bila nak balik kelas . dia boleh pulak main tarik2 beg dengan aku. hampir tergolek weh . aku pun kejar lah dia balik .nak balas dendam acahnyaa ..tapi dia boleh kata dia tak buat dan aku perasan !! peh sentap . kami gadoh and ade sorg kakak nih kata " ehh budak berdua nih . aku kahwin kan jugak nanti" aku diam jer tpi dia bole jawab " ape akak nih belajar tak habes dah fikir kahwin" . dann aku pon said goodbye dekat dy sbb nak balik .. and si N nih kata dia senyum belagak dekat aku . siot betul !! 

aku nak tnye aku perasan ke? aku ke yang biar diri aku jatuh hati dekat dia? aku ke? aku dah banyak kali tepis tapi still tak mampu. sampai aku buntu. roomate aku suruh tanye dia dan terus terang dekat dia tapi mampu ke aku? mama pon suruh benda yang sama . i don't know !! aku takot kalau aku perasan jer selama nih . aku xnak lepas aku bagitahu aku suka dia .semua jadi awkward. selama nih kalau aku ade hati dekat someone aku simpan jer . i wont tell that person. tapi kenapa yang ini buat aku nak bagitahu dia tanya dia.. i really what to ask him stop making me fall in love with hime if he not have any single feeling with me. i'm hurt . 

gigih jugak aku sorok kan rahsia aku dari kengkawan aku dekat sini sampai kena cover sehabis terukk . benda tak pasti. aku tahu kalau aku cerita mesti dia orang gelakk .

so guys? what should i do? confess or diam jer sampai bila-bila?
atau pun tunggu je action diaa?

Friday, May 13, 2016

Tak Layak .


Rasa nya dah lama tinggalkan zaman berblogging nih . Dulu time sekolah selalu jugak update blog tapi lepas habis sekolah makin kurang dan berkurang. Mungkin sebab kekangan masa. Yaaa mungkin tapi nak kata tengah free sekrang nih tak jugak sebab ade je assignment dan kerja yang berlambak. 

Normally, aku akan menulis bila aku rasa aku tak boleh cerita kan sapa2 dan aku tak tahu nak cerita kat sape . Kawan2 tak patot tahu kot. By the way, blog nih bukan dy org tahu pon kan? ahhahah . 

let's start .

hmm . perkara pertama yg aku nak cerita nih pasal hati aku yg berbolak balik nih .Aku sendiri confuse dengan diri aku. I always say to myself jangan perbodohkan diri mengharap pada yang tak pasti tapi entahlah. Mungkin sebab aku terlalu pandai untuk bodohkan diri. hahahah .

Dulu time sekolah, punya lah aku suka sorang mamat nih sampai susah gila nak move on. I keep waiting him without do nothing . Macam tunggu bulan jatuh ke riba . takde usaha langsung. Punya lah bongok stalk dia bagai . Last2 dia dah ade awek. hahahha . masa tuh patah hati ? Entah ! mungkin sbb aq da biasa dgr dia ade awek. Sepanjang aku suka dy pon . dah 3 kali dy tukar awek . aku je bodoh sbb tggu dia . Hah ! sini nampak dah aku punya setia tak bertempat . Aku tak sedar yang aku xlayak pon untuk dia . Well , kalau orang kata semua manusia cantik .. tapi aku? kat luar sana lagiii 10x ganda cantik dari aku or maybe lebih dari tuh . hahaha . low confident here.

Sampai satu tahap aku sangat2 give up dengan penantian aku . Aq tawar hati tahap xnak jumpa dy lagi . xnak stalk dy lagi . Tak nak harap kat dy . Aku terlalu tawar hati . 5 tahun aku simpan perasaan aku kat dia tapi aku tak pernah nyatakan kat dia sbb aku tahu aku confirm kene reject lagipun aku perempuan . aku takkan kejar lelaki . hahah . Masa tuh aku rasa bodoh sangat sbb jatuh hati kat classmate sendiri. Makan hati berulam jantung dia dgn awek dia .. lagi2 bila awek dy pesan kat aku suh jaga dy .jgn nakal2 dgn pompuan lain. HAHHAHHA . habes dgn aku? kat situ nmpak dah awek dy tak pernah tergugat pon dgn aku . sampai percaya habes dekat aku. haihhh .

Nak tahu mcm mana aku move on dgn dy? 
-tawar hati
-kem 2 mggu dalam hutan without teknologies !!!!

Kem nih memang menyelamatkan aku betul dari trus jadi org tak betul mengharap benda yg mustahil. DIsebab kan xde teknolgy . media social . so aku takkan stalk dy . nampak status dy .gmbr dy . phone pon xde . dgn busy kem hutan . aku jadi lupa dy . aku jadi tak igt dy . lagipun kan masa tuh aku tawar hati daaa .so boleh lahh move on ... plus aku ter minat pulak kat sorg senior nih . ahhaha bagos nyer aku minat senior. hahaha . 

at first , aku tak perasan pon kehadiran senior aku nih . bila dah beberapa hari kem baru aku perasan . sbb dy baru tegur aku . mase tuh just suka tgk dy . dy kan comel .hahaha . aku jatuh betul2 depan dia . gilaaaaa lah itu semua . sampai ke hari last dy usik aku jatuh sampai aku rasa tahap annoying gila lah kat senior tuh . rasa macam nak cekik2 je bila dy remind pasal jatuh kat kem bila kat fakulti . haihhh . mula2 aku main2 nak pergunakan dy lupakan orang lama tuh secara 100% . tapiii aku silap langkah . akhir nye aku suka dia jugak . tpi entah . perasaan tuh ade bila aku terserempak dgn dia. bila lama tak jumpe dy . aku relax jer . so pada aku , mgkin aq adore dy as senior aku . MUNGKIN ! tapi eentah .. rasa macam kdg2 aku terfikir dy teringat dy . lagi pun tak elok kacau hubungan org weh . dah lama baru aku tahu dy ade something dgn akak tuh .. 

Bila aku da agak move on dari senior tuh .
aku terasa something yg aku tak tahu dkt one of my friend. Tapi entah . kadang2 rasa macam aku nak berkwan jer dgn dy. tpi bila ade orang cerita yg kawan aku nih suka sorg kwn perempuan aku ni . aq rasa broken heart sungguh . rasa macam kenapa bila aku dah start suka someone tuh mesti rupanya someone tuh suka orang lain. Dari ikot ayat kawan2 aku yang lain.. aku tak layak weh utk dia . Entah lahh . Hina sangat ke aku? Aku memang tak layak ke untuk sape2 . " alahh . takde orang nak pun" that's hurt enough . kau hot . ramai org bersusun suka kau . kau bangga . tahniah sbb kau antara yg pling cantek . 

Sekarang nih aku rapat je dgn budak tuh . entah lahh selesa berkawan dgn dia . dy pon suka tegur aku . dia anggap aku kawan jer . Bohong lah tak pernah berharap yg dia akan suka aku jugak tapi harapan aku selalu palsu . 

aku tahu aku tak layak.