Sunday, October 8, 2017

Titian terakhir



7th semester of Bachelor Science of Forestry in UPM. Gonna be last semester of study before 1 semester of industrial training. The journey finally near to the end? No . The life journey is too far away and I don't know when where it comes to end. I'm going to end my degree life soon. Another a year! Cepat je kan masa berlalu?  sedar tak sedar aku da masuk tahun ke 4 dekat upm. Become super senior. Hahahah . Tak sabar nak pakai jubah konvo .naik pentas . peluk mama ayah dan bagitahu aku berjaya dapatkan sesuatu untuk mereka .Moga Allah permudahkan segalanya. Sem last ni kena hadap fyp lagi and aku harap semua berjalan lancar.

Tapi dalam da akhiri perjalanan zaman belajar nih pon aku da rasa rindu dengan kawan-kawan kat sini. yelah 4 tahun hadap perangai masing2. Kawan kat sini serata negeri weh . Kalau da terpisah tuh, hanya jodoh jelah mampu menemukan semula kami. Moga yang terpisah akan bertemu kembali.

Banyak kenangan tercipta lagi2 kalau camp trip . Allah . In shaa Allah bakal rindu kawan2 seperjuangan disini. 

Monday, August 21, 2017

Kata-kata untuk Diri


Perjalanan hidup seseorang bukan lah sentiasa dipenuhi kata-kata indah, gambaran kegembiraan tapi dipenuhi juga dengan kesakitan dan kesedihan. Tanpa ujian, dugaan, kegembiraan dan kebahagiaan yang datang silih berganti mungkin kita terlupa bahawa Cinta dari Dia. Ya. Tangisan itu datang dari kekecewaan kesakitan kehilangan . Tapi usah lupa Ujian dan Dugaan itu tanda Dia sayang kita. Sentiasa ingin kita kembali padaNya pada saat kita jauh terleka dan lalai dengan dunia.

Andai takdir itu tertulis untuk aku. Moga aku redha dengan segalanya. Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untukku. Dan Dia sentiasa beri ape yg kita perlu bukan ape yg kita nak. Teruskan berdoa moga hati kita sentiasa menerima dengan redha segala ketentuanNya meski sakit untuk kita telan.

Aku kelihatan happy, bahagia tapi dalam hati aku umpama ribut melanda. Fikiran aku terbang mencari jawapan pada setiap persoalan. Cari mana hilang nya keyakinan dan kesungguhan aku? Moga Allah sentiasa bantu aku dalam mencari setiap jawapan yang aku perlukan.

Kekecewaan. Ajar aku berdiri semula tiap kali kecewa. Mengutip serpihan kekecewaan. Cantum untuk bina kekuatan semula. Tapi adakalanya sampai satu saat . Aku hilang . tenggelam dalam tangisan kekecewaan . Persoalkan takdir sedangkan ujian yang aku terima tidak sebesar ujian hambanya yang lain . Allah. Aku lupa . Lupa bahawa Dia punya segalanya. Harapan . Kasih sayang. Kekuatan . Ya aku lupa ! Lupa bahawa kekecewaan ini buat aku kembali padaNya

Tersenyumlah Nadzirah . Kau berhak bahagia. Allah ada segalanya untuk kau . In shaa allah suatu masa suatu saat . Segala apa yang kau impikan menjadi milik kau . In shaa allah

Saturday, August 19, 2017

Short Thought

Kadang-kadang kita rasa mencintai sesuatu itu perlukan balasan tapi kita silap . Mencintai x semestinya memiliki . Adakala kita mesti terima bahawa setiap perkenalan hanya membawa sifat sementara untuk mengajar erti kehidupan dan beri pengalaman yang manis mahupun pahit. Indah aturan Allah cuma kita kadang kala x nampak keindahan tuh kerana anggap aturan kita lebih indah. Tetap kan keyakinan bahawa Allah perancang yang hebat. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Wednesday, June 7, 2017

I'm just loving too much


Kenapa aku bila menyayangi seseorang, aku akan terlalu menyayangi dan akhirnya aku yang sakit. Tak cukup ke rasa sakit yang pernah aku rasa dulu? Aku tak serik ke untuk rasa sayang orang yang x rasa perasaan yg sama? Bodoh ke aku kerana masih tunggu dia sedangkan aku tahu dia hanya anggap aku seorang kawan? Bodoh ke aku percaya suatu hari nnti dia akan cari aku pada saat aku hilang? Perlu ke aku tanggung semua sakit nih hanya kerana hati aq memilih untuk sayang dia? 

Dah setahun aku berharap. Dah setahun aku tanggung perasaan berhadapan dengan dia. Berlagak aku gembira, aku chill aku relax depan dia. sedangkan hati aku sakit? Acah aku xkesah pasal dia . Acah aku dah move on. acah aku anggap dia seorang kawan aku? Sentiasa senyum depan dia sedangkan aku sakit weh . sakit bila aku kene terima yang aku dan dia kawan sedangkan hati aku rasa lebih dari seorang kawan . Sakit bila orang fikir kami sama2 ade perasaan sedangkan hanya aku yang bertepuk sebelah tangan? 

Kadang2 aku boleh terima semua nih .boleh terima dia sekadar kawan aku sebab mungkin akan ada yang lebih baik Allah akan bagi untuk aku. Tapi kadang2 hati nih berbelah bagi . Didepan dia, aku boleh anggap dia kawan . have fun but bila aku jauh, perasaan tuh datang menikam weh . sumpah sakit nk tahan perasaan nih. 

Birthday aku dah nak dekat. Bodohkan kalau aku harap dia akan ingat birthday aku dan wish aku. Haha. Yes. aku memang berharap dia akan ingat. Aku harap dia akan kesah . tapi harapan ini selalu berakhir dengan kekecewaan. 

Aku cuma harap bahagia. Harap bahagia itu milik aku. Harap apa yang aku nak akan ditunaikan. Bohong lah kalau aku tak pernah persoalkan takdir hidup aku . Tapi Aku kena redha . Aku kena Yakin semua nih ade hikmah. Segala sakit ini Allah akan gantikan dengan rasa kegembiraan. Tolonglah nadzirah. berhenti persoalkan ! berhenti mengharap pada benda yang tak pasti . Move on lah . Hadapi hidup kau tanpa mengharap pada manusia. Letak harapan kau pada Allah. Tolong lah bahagia atas diri kau sendiri . Kau layak happy, kau layak gembira, kau layak utk rasa disayang oleh org2 disekeliling kau. Biar je sesiapa pon nak bla dari hidup kau . biar dia ! biar . tolong lah jadi orang yang x bergantung pada orang lain. live by your own ! independent ! Kau ade tanggungjawab dekat kampung . Family kau ! 

Pergi universiti bukan untuk kejar cinta manusia tapi kejar ilmu Allah. kejar cita2 kau . kejar harapan mama ayah kau . Tolong lah sedar. Jangan jadi bodoh hancurkan semua yg kau usaha selama nih hanya atas sebab cinta manusia yang palsu. berhenti dan belajar terima semua ni .


Monday, April 17, 2017

Expectation people kill me


Aku datang lagi dekat sini kalau aku nak membebel panjang ape yang ade dalam hati dan fikiran aku. Ye jam da 3.40pagi dan aku masih tak tido sebab tak mengantok and aku menyiapkan 2 report. so mission mlm nih berjaya sebab 2 report settle. esok sambung report lain. Yang lain enak dibuat mimpi aku masih mengadap laptop . Lebih suka menaip blog waktu roomate aku tido . manusia kadang2 perlukan space untuk diri sendir berfikir dan refleksi diri. So here i am . i'm searching for my self here . mencari diri sendiri dalam luahan kata. Kalau dulu ade diary bagai . zaman sekolah ,sekarang rase tak selamat nak menulis dalam buku sbb end up kalau org terjumpe buku tuh . habes hancur segalanya. Blog? kawan aq xde tahu pon. dan dia orang bukan jenis layan blog

So apa patot aku luah dulu ek? hmm meh kite start dengan tanggapan budak lelaki kelas aku. Selama nih aku ingat budak perempuan kelas aku je yang berkata sakan pasal aku dengan dia. yelah perempuan kan kalau bab gossip bagi la kat dy org. About budak laki kelas aku tuh . ade sorg nih kate yang aku nih try utk attract si dia. member aku tu kate nampak lah effort aku rapat dgn si dia. Hahahhahahaha . good job nadzirah sbb kau da hampir kantoi dengan budak lelaki. What the hell ! aku dalam kelas tegur si dia pon hanya sebab kerja . klu xde pape . langsung aku x tegur. tapi sampai ade member lelaki kelas aku kate gitu. Mane aku dgr cite nih . kawan aku cakap waktu dy borak dgn member lelaki kelas aku nih. Since aku da rase cuak, aku pon cuba lah jarakkan diri aku dgn si dia. ignoring him. keep distance. but unfortunately it's failed ! tahu sebab ape failed? sebab dia ! grrr . weh . aku menjarak , dia mendekat . rase macam nak cepuk je mamat sekor nih. bila aku ignore dy . dy duk tegur2 aku . cari pasal sedangkan aku langsung xde mood nak menegur dia. lagipon this week mood aku tak berapa nak betul . so aku pon melayan kan mood aku dengan cara utk ignore dy. 

time aku ignore dy . try to move on. tetibe dy tercall aku lah pulak . jadahnya . DIa ! orang yang takkan call member perempuan dia . kalau hal penting pon hanya whatsapp weh . call? haha sgt dy nak call member perempuan. ini yang aq perhati kan dari kawan2 yg lain laa. so aku jadi gelabah ayam bile tetibe tertera nama dy call aku. aku teros terkaku taktahu nak angkat or tak sbb mase tuh aq dgn member aku. tpi angkat jelah mane tahu penting. what the hell . call tapi x berjaya . dgr bunyi bising je . huk aloh , dah kenapa budak nih bazir kredit. so aku pon mengalah lah whatsapp dy . tanye tercall or emg nak call? dan dia jawab hehe sorry tertekan. and i was like . *bluetick* je lahh . ahhaha xpayah reply sebab xde keperluan !

Ignore dy masih berjalan tapi sampai satu kelas . dy nak masuk group aku. hah ! kau rase boleh aku aku ignore dy bile da satu group? bole ke tak? haihh . memang hancur musnah punah mission aku nak jauhkan diri dari dia sikit. malangnya tak boleh langsung ! Dah satu group . pulak tuh duduk berhadapan. haha sgt weh haha sgt. paling sis emo dy dok pandang sis . sikit2 toleh muka sis . sikit2 toleh lagi . boleh kot toleh muka member group lain. mase tuh aku just anggap lah yang dy xpandang aku pon jgn nak perasan sangat ! hah . then malam nyer tuh . member satu group cakap dy perhati jer yang si dia banyak kali pandang aku. damn ! benci wehh perasaan gini. letih ! xnak harap lebih. balik kelas tuh lah elok je dy bye aku dgn lembut nyer , tak guna ,tergugat hati aku . haihhhhhh

teros sis rase emo terokkk sebab dia tuh ENTAHLAHH . susah nak cakap. 1 more thing, waktu balik amali. semua orang usik dia sbb ikot jalan jauh . well jalan tuh emg tujuan aku sbb aku nak antar proposal kat pejabat fac. Then dy tuh yang follow je aku sbb dy tgh bace proposal aku. tapi aku gembira sbb aku dapat pukul dy . eh tak beg dy byk kali. actually lepaskan geram tuh . hahha. tapi aku pelik kali nih dy redha je beg dy kene pukul dgn aku banyak kali. selalu nye mulut dy membebel taw. tahap pasrah lah tuh kene pukul dgn aku. so mase jalan tuh budak nih bahan lah yang dia ikot sape tah gitu .. then dy boleh jawab . mane ade ikot sape .. ikot suara hati jer . mak aih statement berani mati . kecoh kena bahan .  budak nih usik lahh dah tahu da suara hati dia siapa.. untunglah suara hati satu fac. aku? aku buat xtwu dan teros masuk pejaba fac. AHHAHA lari lah wehh . nnti dengan aku kena. budak nih da lah kuat membahan. takguna !. then mase kat tempat parking motor dy . terbuat muka awkward pulak masing2 . ahahha .

And last nih . i don't know my classmate keep asking the same question to one of my close friend.  azie dgn tuuuuu ade pape kan? dan classmate sis tu kate si dia tuh yang try aku . ade hati kat aku sbb kite orang rapat. ahhaahahahahahhhaah . padahal classmate aku tuh da penah tanye aku . dan aku da penah jawab yang aku dgn tuuu TAKDE PAPE ! haihhh . tpi classmate aku tak percaya dan dy org expect aku and si dia dalam diam dan senyap .
so aku buat keputusan . malas nak layan . malas nak jawab pape . biaq pi lah depaa. malaih nak pikiaq. hahah


Saturday, March 18, 2017

I just don't understand


Hati manusia sentiasa rasa ingin disayangi bukan hanya menyayangi, dicintai bukan hanya mencintai. Siapa yang taknak rasa semua ini? Mesti takde kan. Kawan ada tanya " taknak bercinta ke?" 
Nak bercinta macam mana kalau calon pun takde. Opps ade calon cuma calon tuh xnak dgn aku. Hahaha . so sad . Yelah, kita nih siapa. dah lah pendek . rupa pon x berapa nak ada, mulut kepoh, kuat membebel. ahhahaha

Tentang dia? Haha . orang yang sentiasa buat aq tersenyum sorang-sorang padahal xde benda pon. I don't know. People assume he has feeling on me but i don't see any act from him. Xde action pon weh. Orang kate kalau lelaki ada hati dekat kita, dia akan approach kite. but kawan aku kata dia tuh jenis pemalu dan x reti nak approach orang. Hahaha . Then aku nak assume ape nih? Masih tunggu dia. Satu kelas membahan aku dengan dia sebab kita org rapat and sweet. Eventho buat kerja sama2 but still mulut dua2 ngomel . bebel. Orang kate perfect combination lah gitu. cehwahh . Sampai orang semua gossip kan aku dengan dia. Kate nye aku dgn dia ade pape. but nothing sebenarnya . Kawan kelas jer .

jujur weh kadang2 aku xpaham dengan reaksi dy. cara dia . I just don't know. bila time aku kesah kan dia . beri perhatian dekat dia. Dia macam xsuka. Tapi bila aku mula ignore dy . Aq rasa mcm dia try tarik balik perhatian aku. Mainan perasaan aku sendiri ke nih? 

Yes ! everyone kate aq paling rapat dgn dia. Dia paling byk communicate dgn aku. Aku paling dekat dgn dia,  but i don't see it ! yang aku tahu. bila part kerja yes ! memang kite org agak rapat. Bila luar dari skop kerja . Macam kawan kelas biasa je aku layan dia. Bila dtg kelas tersaing. dy org kate aku dtg same2. what the hell. Dia org buat perasaan aku lagi terok kot.

Lagi2 waktu lab. memang lah kite org buat berdua. mase tu pon secara kebetulan jer. Aku duduk sebelah member lelaki kelas aku (yang before this org kate aku suka mamat nih padahal tak pon). Aku duduk sorang kat komputer tuh. Yang x de komputer tuh akan kongsi lah dgn member masing2. Tetibe dy datang. "EH nak duduk dgn azie lah" tpi before this dy masuk je lab tuh teros pandang tepat kat aku yang tgh bluurrr nakharomm. haha . SInce dia nak kongsi Komputer dgn aku. xkan lah aku nak biarkan kanan dan kiri aku lelaki. so i asked him to change. DIa duduk sebelah member kite org tuh . and aku duduk sebelah dia. Yes mula2 memang rasa macam betul ke apa aku buat nih . kawan2 baik aku da da start membahan dalam group kate nyer aku bahagia. celah mana bhai aku bahagia . Sebelah dia, aku relax macam xde pape je weh. rasa pon lekkluuu gituu. Tapi buat aku terdiam bila nama folder. Aku suruh dy letak nama dia jer . nickname lah. Then dalam proses amali tuh. I just thinking about . Camna nak buat report kalau dalam screenshot tuh nanti nampak nama dia. Hahaha . Then aku pon cakap dgn dia yang aku terfikir something. So dy pon tnye ape yg something tuh . Aku ckp lah pasal nama folder tuh . Selamba dia kate . nama kita senang je . tukar jer huruf * tuh . . and i was like oke .ini kali keberapa entah dia kata nama kami senang tukar. 

Walaupun aku hati kat dia tapi kalau part annoying . sorry sis memang x boleh .avoid. Ade one day tuh, mood sis rasa berterbangan nak makan orang . pulak tuh mulut dy potpetpotpet , merungut . Tapi sis malas nak layan. sampai orang lain semua cakap. ape yg bising sgt mulut dia tuh . i just . hah? entah . teros aku cakap kat dia. kau cakap apa tadi? sorry terpekak secara tiba2. bila kau membebel jer aku terpekak. haha and barulah dia diam secara aman nya mulut dy tuh. Hahaha. kawan2 aku kata aku berdua dgn dia sangat sweet , sweet celah mana pon aku xtwu setakat buat kerja berdua gituu. Tapi yang buat aku tergelak bila dia kena bahan dgn member lelaki kelas aku yg aku kate duk sebelah aku sebelum nih . yelah . Dia pergi cakap . " masuk lah dalam folder kita ." KITA ? wow . teros kena bahan dgn member lelaki kelas aku tadi . hahaha . padahal nama dia kot . bukan nama kite org . haha. 

Panjang betul aku cerita kan . hahha entah lahh . aku sendiri xtwu kalau aku cerita pasal dia mesti beria . hahah . Susah nya aku nk berhenti berharap dekat dia weh . susah nya !!!!! Lately, asyik mimpi dia jer sampai rasa fed up dgn tidur sendiri. hahah

Lagi kurang setahun dpt jumpa dia dan mungkin lepas nih LI dan akhirnya dengan hidup masing-masing. Kalau ada jodoh . in shaa allah