Wednesday, June 7, 2017

I'm just loving too much


Kenapa aku bila menyayangi seseorang, aku akan terlalu menyayangi dan akhirnya aku yang sakit. Tak cukup ke rasa sakit yang pernah aku rasa dulu? Aku tak serik ke untuk rasa sayang orang yang x rasa perasaan yg sama? Bodoh ke aku kerana masih tunggu dia sedangkan aku tahu dia hanya anggap aku seorang kawan? Bodoh ke aku percaya suatu hari nnti dia akan cari aku pada saat aku hilang? Perlu ke aku tanggung semua sakit nih hanya kerana hati aq memilih untuk sayang dia? 

Dah setahun aku berharap. Dah setahun aku tanggung perasaan berhadapan dengan dia. Berlagak aku gembira, aku chill aku relax depan dia. sedangkan hati aku sakit? Acah aku xkesah pasal dia . Acah aku dah move on. acah aku anggap dia seorang kawan aku? Sentiasa senyum depan dia sedangkan aku sakit weh . sakit bila aku kene terima yang aku dan dia kawan sedangkan hati aku rasa lebih dari seorang kawan . Sakit bila orang fikir kami sama2 ade perasaan sedangkan hanya aku yang bertepuk sebelah tangan? 

Kadang2 aku boleh terima semua nih .boleh terima dia sekadar kawan aku sebab mungkin akan ada yang lebih baik Allah akan bagi untuk aku. Tapi kadang2 hati nih berbelah bagi . Didepan dia, aku boleh anggap dia kawan . have fun but bila aku jauh, perasaan tuh datang menikam weh . sumpah sakit nk tahan perasaan nih. 

Birthday aku dah nak dekat. Bodohkan kalau aku harap dia akan ingat birthday aku dan wish aku. Haha. Yes. aku memang berharap dia akan ingat. Aku harap dia akan kesah . tapi harapan ini selalu berakhir dengan kekecewaan. 

Aku cuma harap bahagia. Harap bahagia itu milik aku. Harap apa yang aku nak akan ditunaikan. Bohong lah kalau aku tak pernah persoalkan takdir hidup aku . Tapi Aku kena redha . Aku kena Yakin semua nih ade hikmah. Segala sakit ini Allah akan gantikan dengan rasa kegembiraan. Tolonglah nadzirah. berhenti persoalkan ! berhenti mengharap pada benda yang tak pasti . Move on lah . Hadapi hidup kau tanpa mengharap pada manusia. Letak harapan kau pada Allah. Tolong lah bahagia atas diri kau sendiri . Kau layak happy, kau layak gembira, kau layak utk rasa disayang oleh org2 disekeliling kau. Biar je sesiapa pon nak bla dari hidup kau . biar dia ! biar . tolong lah jadi orang yang x bergantung pada orang lain. live by your own ! independent ! Kau ade tanggungjawab dekat kampung . Family kau ! 

Pergi universiti bukan untuk kejar cinta manusia tapi kejar ilmu Allah. kejar cita2 kau . kejar harapan mama ayah kau . Tolong lah sedar. Jangan jadi bodoh hancurkan semua yg kau usaha selama nih hanya atas sebab cinta manusia yang palsu. berhenti dan belajar terima semua ni .